January 29, 2005

Growing Up!

Ahh! The beauty of growing up!
I have the feelings that I'll love the new Naruto manga Part 2!

I'm starting to have a non-stop wide smile on my face now...

Can't wait till the next episode
:p

Ja Ne! :D

January 25, 2005

Vignettes- Versi Bahasa Melayu

Nenekku mahu ke Bali akhir bulan ini
Wah! Bestnya jadi nenekku... telah menjejakkan kaki ke Beijing, Perth, Vietnam, London, Indonesia, Thailand, Mekah, Los Angeles etc...
Nenekku sudah berumur 70 tahun, tapi masih segak dan sihat, boleh berjalan-jalan mengalahkan aku. Hari ini di rumah aku, esok di rumah Mak Andakku, lusa di rumah Pak Longku!
"Along, Nenek pesan Shark Cartillage 2 botol" "Nenek pesan Calcium 5 botol" Hehe... jangan main-main, ubat nenekku semuanya diimport!
Teringat lagi beberapa tahun dahulu, kami beramai-ramai, aku adik-adikku dan sepupu-sepapatku, berkumpul di rumahku di KL, menolong nenekku membuat jem tartnya yang famous, sambil dia bercerita tentang asal-usul kami, cerita tentang nenek moyangku...
Teringat lagi, baru minggu lepas, tatkala aku bercerita mengenai 'timeline' kebangkitan Islam pada adikku, nenekku menyampuk, memberi pesan dan nasihat, serta petua yang diamalkannya...
Baru tadi aku menegur mamaku, "Ma... jem tart tu nenek buat untuk along... Mama yang habiskan eh?" Tersipu-sipu mamaku, aku tersenyum...

Hai nenekku, marilah ke Perth lagi! :D

___________________________________________

'Kau ni tamak la, Wani' detik hati kecilku. 'Kenapa pulak?' Marahku sendiri. 'Yela... itu nak, ini nak... yang mana satu yang kau nak?'
Bila terdengar Afaf membuat GP visit sepanjang cuti ini, aku pun hendak buat...
Bila tahu yang Zainab dan Brendan buat voluntary work dekat hospital, itu pun aku hendak buat...
Niat nak bukak kitab mengaji emakku, itu pun hendak kubuat...
Yang mana satu yang nak buat ni? Cuti tinggal kurang sebulan?
Semalam jumpa Dr. Dalilah, mintak nak duduk di Klinik Rantau Petronas, ala-ala GP Visitku di Perth... Dr. Dalilah kata boleh, boleh check out lab facilities yang ada di sana...
Tapi aku kena buatlah satu formal letter to the Manager of the Clinic...

Hmm... apa pulak yang nak kutulis dalam surat tu nanti? Dah la Bahasa Melayuku yang formal dah lapuk! Aduh!
____________________________________________


Tsunami-'[Etymology: Japanese, from tsu harbor + nami wave] A great sea wave produced by submarine earth movement or volcanic eruption: Tidal wave' (sumber: Merriam-Webber Online)

Adikku yang bongsu kata:
T- Tuhan
S- Sampaikan
U- Utusan
N- Neraka
A- Agar
M- Manusia
I- Insaf

Ayahku sampuk: "Ataupun, Tuhan Sampaikan Utusan Neraka Akibat Manusia Ingkar"

Mungkin ada benarnya... Wallahualam...

____________________________________________

Lupakan sauna!
Ada yang lebih baik daripada itu!:
Mandi Ais! *brr! sejuk!*
Lagi bagus kalau ada Ozon machine... Lebih baik untuk kesihatan! InsyaAllah
Kuingatkan guna ais yang special... rupanya ais yang betul
*brr!*
Letakkan garam, herbal dan pati bunga... Lepastu berendam la dalam bathtub tu... InsyaAllah menghilangkan segala toksik dalam badan... tapi kena buat lebih dari sekali laa
Wah... mem-promote nampaknye aku ni!
Jangan main-main... treatment mandi ais ni sekali buat RM 75!

MakAndak! Nak buat lagi sebelum balik Perth! Best la!
_____________________________________________

"Ma, Syafiq dah balik!" Pukul 2 petang.... Eh, cepatnya budak ni balik...
"KK balik pukul berapa?" Tanyaku... "Entah... 2.30 kot"
Dah pukul 2.30 petang, kelam-kabut aku mencapai kunci kereta. Tugasku sebagai driver mengambil adikku di sekolah bermula kembali...
Sampai di SMK Rantau Petronas
(he... sekolahku yg tersayang!)
kujenguk-jenguk adikku. "Mana budak ni... balik jalan kaki ke sebab aku lambat?"
Alih-alih, hampir pukul 3 baru dia keluar... Habis sekolah pukul 2.40 rupanya!

Dah la lesen dan handphone pun lupa nak bawak!
____________________________________________

"Macam mana re-orientation?" Taipku, pabila ketemu teman satu sponsorku di MSN
"Best!" Taipnya
"Berapa orang budak baru yang akan datang Perth?" Tanyaku lagi bila teringat catatan Salwa di
blognya dan perbualanku dengan 'kembar seirasku', Fazz di YM
"9 orang- 8 lelaki, 1 perempuan. 2 Geology, 1 Account, 1 EE, yang lain petrol/o&g"
Wah.... ramai jugak juniorku nanti di Perth! Siapa sangka ada jugak orang yang nak pergi Perth... Hehehe...
Teringat perbualanku dengan teman yang lain minggu lepas... "Hopefully ramai aa junior baru tahun ni"
"Siapa la nak datang Perth?" Soalku. "Elok jugak kalau tak ramai... Pening kepala nanti!" Sambungku.
"Tapi kalau tak ramai, kita jugak la yang kena buat kerja nanti! Kalau ade diorang, at least kita tak payah buat banyak-banyak, boleh arahkan je..."

Haah eh? Betul gak... Hehehe *evil giggle* Siap la wahai juniorku, akan kami 'buli' anda semua! :p *macam ye je!*

_____________________________________________

Kadang-kadang geli hatiku membaca blog orang, ada yang berunsur lawak... Namun ada juga yang serius dan penuh dengan informasi...
Apa tujuan mem-blog-ing ni?
Diari kehidupan? Sebuah catatan tak formal sejarah hidup?
Atau suka-suka?
Wallahualam...

Tapi kebelakangan ini susah untukku melawat blog rakan-rakanku di sodeeq.com... Al-Huda! Hukamak! Apa cerita anda?

_____________________________________________

Lagi pasal blog...
Aku mahu tukar layout! Yang ada background putih!
Aku mahu itu!
Teringat Maria kata, syarat membuat website ialah biar senang pelawat kita melihat layout webpage kita. Biar tak sakit mata, so tak sakit hati baca...
Jadi aku mahu layout dengan background putih!

Bila pulak hendak kucuri masa ini? Tertanya sendiri

_____________________________________________

Wah! Cousinku kena ke Manchaster untuk interview untuk masuk universiti!
Mak io... dia ingat kita ni kaya sangat ke nak ke luar negara begitu sahaja?
Seorang lagi cousinku dah di Tokyo, bekerja di sana...
Tempoh hari masa raya, aku di rumah Mak Ngahku...
"Nak ikut Mak Ngah pergi Jepun? Mak Ngah nak hantar barang-barang Kakak. Kakak dah sibuk suruh Mak Ngah datang cepat"
"Ala Mak Ngah! Mana la ada duitnya!"
*Aku masih student! Mana ada duit nak travel ke Jepun!* 'Tapi aku nak pergi...' Bisikku sendiri.
"Mak Ngah bagitau lambat la... Winter clothes wani semua dekat Perth!"
Alahai.... Melepas la aku lagi. Semalam berborak dengan Kakak melalui YM pun, Kakak kata datang la!
Pulusnya ngak ada, Kak!
"Ala... Masuk je 'Buku'!" Usiknya
Hai... masuk ' buku' lagi! Asyik masuk buku je! Penat gak!

Teringat perbualanku dengan Zainab. Kalau ada dua bahasa yang boleh aku pelajari, aku hendak belajar Bahasa Arab dan Bahasa Jepun
*haha! Pengaruh anime!*

January 23, 2005

Green light and clear!

Setapak to Keramat - Clear
Setapak to Ampang Jaya - Clear
Keramat to Setapak - Clear
Setapak to Sg. Merab, Bangi - Clear

Karak to Kuantan (L/raya Pantai Timur) - Clear!

And I was supposed to take over from my mom from Kemaman to Kerteh, but when I fell asleep, it was so hard to open up my eyes... first time driving a long range distance for 90-110 km/h speed (velocity to be more exact) really drains your energy.

But it was a good experience
. :)

Now that I'm done with my 'obligation', I have more time with my family... and my beloved blog! :p

Anyway, there's a post in my Friendster Bulletin Board: Kenapa lelaki suka perempuan yang lawa? (Why do men like beautiful women?)

For me the answer is one-
Sebab memang dah fitrah mereka dijadikan utk menyukai wanita yang cantik.

Manusia ini memang dijadikan suka kepada kecantikan. Lihat sahaja 4 cara untuk lelaki memilih calon isterinya- rupa parasnya, hartanya, keturunannya, dan akhir sekali baru agamanya. Kenapa ditetapkan begitu? Kerana memang sudah menjadi fitrah lelaki (malahan wanita) bahawa mereka akan melihat rupa paras dahulu. Kalau syarat pertama terletak kepada agama, maka tak kahwin la lelaki2 yang ada dlm dunia ni
:p

Islam itu memang indah... segala peraturannya menepati fitrah dan lumrah hidup manusia... Manusia sahaja yang berlagak pandai, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita lebih pandai mengatur hidup dan menggubal undang2 berbanding dengan apa yang telah Allah tetapkan...

Wallahualam...

January 17, 2005

Life- A Faithful Teacher

I always say I learn something new everyday.
And some significant lessons bring big impact in my journey.
Some ' bad' things that I thought happen to me probably are the best things in my life.
And He knows what's best for me, that one I admit, everytime something significant knocked on my ' door'.

This time, I just want to say,
Alhamdulillah and tawakkal-tu'alallah

Life is indeed a faithful teacher...