May 13, 2006

Alia & Fateh

Alia suka botol Fateh... ade colour hijau dan oren...
Air dalam botol fateh ada rasa-rasa epal sikit...
Alia minum dari botol Fateh
Mula-mula Fateh tak perasan... bila dia sedar, Alia tak nak pulangkan botol Fateh
Fateh mula merengek
Dipujuk dengan botol Alia...
Botol Alia tak de colour... Tapi penuh dengan air oren... Fateh haus, lalu mama Fateh beri botol Alia...
Suka la air oren dalam botol Alia! Tak tawar macam dalam botol Fateh!
Fateh minum dengan khusyuknya (bak orang kehausan diberi air)
Mama Fateh panggil Alia... Bila Alia ternampak botolnya sedang dihisap Fateh, terus mahu dicapai botolnya...

Haaa... tu la... Lain kali jangan ambil hak orang lain tanpa kebenaran ye??
____________________________

Dedicated buat teman-teman yang memahami lirik ini...

Segenggam Tabah (In Team, album Tiada Lagi Kasih)

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Happy 22nd Birthday buat Yan dan Fhad (& Ima too!)
Moga tabah hati tak berbelah bagi...
-Humaira

No comments:

Post a Comment