May 16, 2006

Apakah aku mengerti?

There was a lecture today. The speaker was the one who wrote the following article. If you have some spare time, why don't you take a little bit of it to read it? It's a bit of the gist of his lecture.
Jump to: Fallujah: the truth at last
_________________________________________________________

Ah, aku tak mungkin mengerti apa yang kau lalui adikku
Aku di sini punya makanan... punya pakaian untuk ditukar hari-hari
Aku di sini punya tempat tinggal yang selesa
Punya selimut pabila malam menjelma, pabila sejuk menggigit tulangku
Aku punya ubat bila perutku sakit, bila demam menerjah
Aku punya wang untuk ke sekolah... punya buku untuk belajar, punya sekolah untuk menuntut

Tetapi tidak dirimu bukan, adikku?

Adakah kau tahu bahawa aku kini sedang belajar ilmu perubatan
Aku kini dalam tahun di mana banyak masaku di hospital, belajar dari pesakit-pesakit yang datang
Ya, hospital-hospital di sini lengkap dengan segala teknologi tercanggih, bangunannya masih utuh lengkap dengan alat pendingin,
Ubat-ubatannya sungguh banyak, kau boleh pilih
Doktor-doktornya punya waktu untuk menjenguk pesakit
Rakyat negara ini masih lagi sihat-sihat
Aku bersyukur punya pesakit untuk aku belajar... kadang kala sedih jika pesakit tidak ramai, kerana aku masih mahu belajar dari pesakit-pesakit

Namun di tempatmu, suasananya sungguh berbeza bukan, wahai adikku?
Hospital-hospital diletup dan dibom
Bekalan elektrik diputuskan, habuk-habuk berterbangan
Bekalan ubat kehabisan, malah jika ada, bukanlah ubat terbaik, malah tidak terjamin keselamatannya
Doktor-doktor bukan sahaja pergi ke negara lain atas dasar keselamatan, malahan dibunuh tanpa alasan
Rakan-rakanmu, saudara dan jiranmu entah masih hidup atau sudah dibunuh tentera laknat...

Ah... aku tidak mungkin mengerti penderitaanmu, adikku
Aku masih terlalu selesa di sini... masih lagi hidup dalam kedamaian
Aku tidak dapat mengenal erti mangsa peperangan... di sekelilingku masih lagi aman damai, bukan bunyi kereta kebal, mahupun senapang dan bom
Aku masih tidak dapat mengerti perasaanmu, yang telah kehilangan jari-jari tangan dan kakimu
Tapi aku tahu kau perit... kau tidak bersalah... tetapi kau menderita
Aku mungkin tidak mengerti penderitaanmu, tetapi aku menangis bersamamu, adikku
Aku menangis kerana aku masih disini, penuh dengan keselesaan dan kau di sana, di tengah-tengah target peluru buta
Apakah yang telah aku lakukan untukmu adikku??
Apakah aku telah melaksanakan tanggungjawabku sebagai kakak??
Apakah aku sungguh kejam?
__________________________________________________________________

Zainab sent us an email reminding me about the lecture by Dr. Salam Ismael, from Doctors For Iraq tonight at 6.30 p.m. And I forwarded the email to some friends.

"Thank you for coming, Wani," said the girl, who originally was from Iraq.
"It's ok."

'It's ok... this is our brothers and sisters after all, why shouldn't I come?'

No comments:

Post a Comment