October 7, 2004

Darwinisme

Salaam... The article that I promised. If there's any confusion or wrong info, pls tell me, I'll amend it insyaAllah...

Darwinism/Darwinisme. Satu teori yang diperakui oleh ramai ahli sains, walaupun ianya cuma satu teori, seolah-olah ianya satu 'law' atau undang-undang alam. Apa yang dibawa oleh Darwin? Jawapannya ialah 'Evolutonary Theory' dan konsep 'Survival of the Fittest'. Teori Evolusi menyatakan bahawa manusia hari ini adalah hasil evolusi dan akan terus ‘evolve’ ke arah yang lebih baik. ‘Survival of the Fittest’ menyatakan hidupan (ambil manusia dalam konteks ini) yang tidak mempunyai gene atau survival yg baik akan pupus. Kebanyakan teori ‘biological science’ hari ini, termasuk perubatan sendiri berasaskan kepada (rely really heavily on) teori evolusi.
Kita mungkin tidak sedar bahawa secara senyap2 kita dipaksa untuk mengakui idea2 ini. I myself wouldn’t have realized it, if I didn’t take Anthropology and medicine.
Sebenarnya banyak 'consequences' jika kita mengakui idea2 Darwinism. Yang paling penting, secara tidak kita sedari, akidah kita dipesongkan.

I was once asked about 5 pillars and 6 believes of Islam by my non-Muslim friend. Rukun Iman dan Rukun Islam; kita diajar tanpa menghayati apa sebenarnya yang terkandung dalam ‘pillars’ dan ‘believes’ ini. Rukun Iman yang terakhir menyatakan Kepercayaan Kepada Qada’ dan Qadar. Apa itu Qada’ dan Qadar? Nasib/'Fate'? Atau mungkin lebih dari itu? Ada benda2 yang telah Allah jadikan yg telah ditetapkan dan yang tidak perlu kita persoalkan seperti ajal, maut, syurga dan neraka. Namun, ada perkara2 yang tidak ditetapkan seperti nasib, yang mana kita perlu berusaha; seperti yg selalu disebut orang, malah di dalam Al-Quran itu sendiri menyatakan, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan manusia berusaha untuk mengubahnya. Itu adalah 'explanation' yg standard utk rukun Iman yg ke-enam.

Bagaimana pula dengan kejadian manusia dan alam? Jelas sekali Rukun Iman itu sendiri menonjol atau ‘stand out alone’ bagi membangkang idea2 Darwinism. Kepercayaan Kepada Qada’ dan Qadar menyatakan kerelaan dan kepercayaan kita bahawa Allah-lah yang mencipta manusia, mencipta flora dan fauna serta sekalian alam ini. Kupetik sedikit terjemahan dari Muqaddimah Tafsir Fizilalill-Quran: “Di bawah bayangan al-Quran juga, aku (pengarang) dapat mempelajari bahawa di dalam alam wujud ini, tiada ruang bagi kebetulan yang membuta-tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak. Kerana: ‘Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi.’ Surah Al-Qamar ayat 49 (54:49)”. Ayat ini jelas mematikan teori yang menyatakan bahawa manusia itu berubah dari species monyet kepada apa yang kita nampak sekarang. Allah menjadikan manusia dengan ukuran dan ciptaan yang amat rapi dan sempurna. Seringkali aku terdengar professor2ku menyatakan kekaguman mereka terhadap ciptaan anggota tubuh badan manusia yang amat unik dan sungguh ‘organized’. Seringkali aku terdengar mereka memuji bahawa sungguh ‘pandai’ organisasi dalam badan ‘mengatur’ sistem mereka supaya badan dapat berfungsi dengan sempurna dan ‘efficient’! Subhanallah, betapa sempurnanya dan betapa rapinya ukuran dan ciptaan yang Allah jadikan. Apakah sistem ini dapat terbentuk dengan sendirinya? Apakah sistem ini mempunya fikiran dan otak untuk berfikir? Tentu tidak sama sekali!

Aku pasti semua orang diajar mengenai Sifat 20 Allah bukan? Kita semua tahu bahawa antara sifat2 Allah ialah wujud dan berkuasa. Wujud bererti telah ada selama-lamanya, maka kita, makhluk ini adalah benda yang baharu. Allah sebagai pencipta berkuasa menciptakan kita dan alam ini, maka kita sebagai makhluk yang baharu amat lemah dan tidak berkuasa bukan? Idea2 Darwinism amat bertentangan dengan sifat2 Allah, kerana apa yang Darwin cuba bawa ialah, kita, manusia itu sendiri BERKUASA mengubah diri kita ke satu kejadian yang lebih baik. Secara tidak langsung, kita juga mengatakan bahawa Allah tidak pandai kerana menjadikan keadaan kita yang tidak sempurna sehinggakan kita terpaksa meng-'evolve' diri kita.
Maka dalam konteks ini, secara tidak langsung, propaganda Darwinism memesongkan akidah kita serta mengajar kita untuk tidak percaya kepada Al-Quran dan meragui Allah sendiri.


Semasa di PMD, ada 4 persoalan idea2 Darwinisme yang dibangkitkan:
- Mengapa manusia berjalan menggunakan 2 kaki sedangkan species beruk menggunakan 4 kaki?
- Mengapa manusia tidak mempunya banyak bulu seperti species beruk?
- Mengapa otak manusia lebih besar daripada species beruk?
- Persoalan manusia boleh bercakap sedangkan species beruk tidak boleh bercakap.


Namun, segala persoalan yg dibangkitkan ini, sebenarnya ada jawapannya dari perspektif ahli-ahli pro-Darwinisme.
Pertama, manusia berevolusi dari 4 kaki kepada dua kaki atas dasar berjalan 2 kaki lebih efficient daripada menggunakan 4 kaki. All because of locomotion reason, bipedal is more efficient. Sebagai ‘trade-off’nya, manusia menghadapi dilemma obstetrik, di mana proses melahirkan anak tidak semudah species beruk.
Persoalan kedua mengenai bulu, manusia berevolusi mempunya sedikit bulu seperti sekarang adalah kerana perbahan cuaca, yakni, daripada sejuk ke panas, seperti yg kita alami sekarang.
Persoalan mengenai otak pula membawa kita kepada sejarah ‘species’ manusia itu sendiri. Salah satu species manusia yg telah pupus kini, iaitu homo ergaster terbahagi kepada dua, iaitu early homo ergaster dan late homo ergaster. Satu perbezaan besar yang dapat dilihat ialah saiz otak mereka. Late homo ergaster mempunya saiz otak yang lebih besar, hampir kepada saiz otak manusia, berbanding dengan saiz otak early homo ergaster. Dan ruang masa diantara 2 homo ergaster ini, wujudlah satu lagi species homo, iaitu homo neanderthalensis, di mana dalam banyak2 speceis homo, otak merekalah yang paling besar. Namun mereka sudah pupus, dan salah satu sebabnya ialah otak mereka yg teramat besar dan ini menyebabkan 'survival ability' mereka jatuh kerana otak merupakan organ yg amat 'mahal' dan memerlukan 'high maintenance', maka otak yg terlalu besar tidak sesuai untuk manusia meneruskan kehidupan. Inilah satu contoh konsep 'Survival of the fittest' yg cuba digembar-gemburkan, sekiranya jika species itu tidak mempunyai kriteria yg membolehkan mereka ‘survive’ untuk hidup, mereka akan mati. Maka kita adalah golongan species yang masih lagi survive kerana mempunya saiz otak yang optimum.
Persoalan manusia boleh bercakap pula membawa kita berfikir kembali, apakah beruk itu tidak boleh berkata2? Bukankah mereka ada bahasa mereka sendiri yang kita tidak boleh fahami?
Inilah antara putaran yg boleh dijadikan alasan mereka untuk menolak pegangan kita yg tidak percayakan kepada Darwinisme.

But then again, nothing is perfect. I found one flaw and question that I don’t think even they have an answer. We were tought that the purpose of living is to reproduce and to leave our genes to the next generation. All the theories and idea that I learned pointing to one sole purpose, that we are here to reproduce and leave our genes behind. And I asked one of my professors one day. ‘But why? Why do we have to reproduce and why do we have to leave our genes behind? What’s the purpose of leaving our DNA to the next generation?’ And what was the answer that I was given?

‘We just do’

Hah!
Apa pula tujuan kehidupan manusia itu dijadikan? “Dan tidak Aku jadikan manusia dan jin itu melainkan supaya beribadat kepadaKu” Surah AdzDzaariyaat ayat 56 (51:56). Islam jua yang mempunyai jawapan kepada segala-galanya. Bak kata seorang ahli keluarga rakanku, Islam itulah penawar kepada segala penyakit, dan Islam itulah jawapan kepada segala peperangan dan kepincangan dunia yang kita hadapi kini. Maka mengapakah kita masih lagi meragui Islam dan Allah itu sendiri. Bukalah mata dan minda, sedarlah bahawa tujuan golongan kufar itu adalah untuk memesongkan akidah kita, sama ada secara terang-terangan atau secara sembunyi.

Wallahualam bissawab

mood: content with the food I just ate... Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment