April 20, 2005

Inginkan...

Ada satu diskusi hebat di alam internet buat masa ini. Mungkin ia cuma pada pandanganku, atau mungkin aku sahaja yang terasa akan kehebatan diskusi ini. Namun, diskusi-diskusi sebeginilah yang membuta mataku akan pandangan orang lain terhadap sesuatu masalah. Sungguh agung ciptaan Ilahi yang telah menjadikan manusia pelbagai kaum dan rupa; seiring dengan itu, wujudnya juga pelbagai pendapat dan idea.

Aku bersetuju dengan satu diskusi dengan seorang sahabat: 'It's interesting to hear a comment about issue in Thailand awhile back from a perspective of a Thai himself- an open discussion where he thinks from different view, without the media influence.'

Dalam 'kehangatan' itu, hatiku terdetik untuk meluahkan apa yang aku rasa, sebagaimana orang lain lakukan. Dan respon-respon yang kemudiannya, ada yang aku akui, namun ada juga yang aku tolak.

Cuma, aku agak terkilan dengan satu respon. Jika benar seseorang itu membuat kesalahan, maka tegurlah dia dengan cara yang baik, secara berdepan dan penuh hikmah; bukan dengan cara yang penuh misteri dan di belakang orang itu. Maka, adakah aku melakukan perkara yang sama kini? Wallahualam...

Sesuatu yang aku belajar kali ini ialah, jika mahu memberi komen, berilah di waktu kita tidak berada di dalam emosi yang teramat kerana pada masa itu, nafsu amarah mengatasi iman dan akal.

We receive two guests from Adelaide; one is my friend's best friend, Noor- whom I met in Melbourne last year and have become good friend with, and another one is her housemate.
Introducing the housemate: Hazwani (versi cerah from Adelaide- menurut Shila) :D

-It's sooo kawai to meet another person named Wani as well!- :p

No comments:

Post a Comment