May 15, 2005

Berapa tahun lagi yang tinggal?

Berborak dengan satu-satunya adik perempuan dalam keluarga... Tiba-tiba terasa rindu la pula... Makin dewasa, diri ini sedar bahawa talian kakak-adik berubah dari kurang rapat kepada semakin memahami. Kami boleh berborak tentang pelbagai perihal dunia dan akhirat kini, walaupun lebih kurang 4 tahun dahulu kami tidak terasa sebegini rapat... Alhamdulillah...

'Dah wish mama happy birthday?' Salah satu soalan pertama yang ditanya... 'Belum... nak telefon malam kang'. Diri ini menyampaikan amanat untuk menyampaikan salam hari lahir buat mama melaluinya. Siap main kira-kira lagi tak lama kemudian, menyedari si adik lebih arif tentang ilmu mantik kini *haha... otak maths berkarat dah!* 'haaa... cakap ngan mama tinggal 16 thn je lagi...'

'!!' Diri ini digelar jahat... Soalnya mati bukanlah satu topik kegemaran semua orang... Tapi mati adalah satu pelantar yang akan kita semua hadapi. Rasa-rasanya pernah dicatat di ruang ini dahulu *mungkin last year* tentang cara efektif mengukur umur... Daripada berbangga-bangga dengan umur kita yang meningkat dewasa (sekali gus terperasan dengan kedewasaan dan kematangan fikiran kita), mengapa tidak kita ambil umur ketika Nabi S.A.W wafat, dan tolakkan angka itu dengan umur baru kita...

Nah, berapa tahun lagi yang tinggal untuk anda sebelum Malaikatul Maut menyapa?

A/N: Ini cuma anggaran... bukan ramalan, ye?

Fungsi mengira umur cara begini adalah sebagai ingatan buat kita, hamba Allah. Ketahuilah, setiap masa dan saat yang berlalu itu menunjukkan bahawa kita semakin hampir ke penghujungnya. Siapa lagi yang mesti mengingatkan kita bahwa kita semakin hampir kepada mati kalau bukan diri sendiri? Selalu leka dengan hiburan dunia, ilmu Islam tidak kita selami.

Perbualan dengan Zainab tempoh hari berakhir dengan topik Hari Kiamat atau Yaumul Qiyamah... dikenali juga sebagai As-Saah, menurut sahabatku itu, kerana betapa cepatnya proses Kiamat itu sendiri. Ditunjukkan jari telunjuk yg dirapatkan ke jari tengah, sambil jari-jari lain di dalam genggamannya (seolah-olah membuat tanda 'peace' yg dirapatkan kedua-dua jari itu); 'You see this?' Katanya sambil menunjukkan kepada jari tengahnya. 'This is the time that Allah has given us on this world. And this,' Dia memegang jari telunjuknya pula, '.. the length of this finger is the time that has passed.'

Mataku terpaku kepada perbezaan kepanjangan antara jari tengah dan telunjuknya... 'And this gap, is the time that is left for us before Yaumul Qiyamah'

!!

Ah!! Mati itu semakin hampir! Akhir Zaman juga semakin hampir! Tidak lama lagi segala amalan ini akan ditimbang... Cukupkah bekalanku? Adakah aku telah melaksanakan semua tanggungjawabku sebagai hambaNya? Telahkah aku mengingatkan orang-orang di sekeliling ini akan tanggungjawab mereka?

Mampukan aku menjawab segala amanah-amanah yang tidak pernah ditunaikan??

Wallahualam...

Post scriptum: Happy B'day, Mama! Tunggukan kedatangan video- Special: The Family of Zenol Ariffin :p

No comments:

Post a Comment