May 6, 2005

Nurkilan insan bergelar sahabat

Ketika kau dalam kesedihan
Dan tika kau dalam kesusahan
Ingatlah, Allah itu sentiasa di sisimu...

PertolonganNya itu pelbagai cara
Aku ini cuma insan biasa
Ingatlah, Allah senantiasa menyayangimu...

Saat kau hampir berputus asa
Dan jiwamu terasa amat terseksa
Ingatlah... tiada kesedihan dalam Islam...

Ingatlah wahai sahabat
Ingatlah ayat-ayat penawar Quran
Ingatlah yang kau tidak keseorangan

'Hai jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas
lagi diredhaiNya...
Maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaKu
Dan masuklah ke dalam syurgaKu' (AlFajr 27-30)

Tabahkanlah hatimu, wahai sahabat
Mengadulah kepada Yang Esa jika kau bingung
Kerana doa itu kekuatan kita, golongan mukminin

Ingatlah... "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.." (AlBaqarah, 286)


Nurkilan insan bergelar sahabat: 06052005, 2106

No comments:

Post a Comment