May 29, 2005

Luahan apa yang tersarang di kepala

Ada dua benda yang ingin saya kongsi bersama sejak kebelakangan ini. Niatnya pada mulanya saya tak mahu menulis selagi belum sempat menyemak segala fakta berkenaan dua perkara ini. Namun, sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa semakin dekat tarikh untuk menghantar assignment, semakin panik jadinya, semakin kerap tangan menekan papan kekunci laptop Acer ni...

Wahid:
Setiap kali solat berjemaah dengan teman di Sir Charles Gairdner Hospital, setiap kali itulah terfikir tentang aurat. Bila solat, lazimnya masyarakat muslimah di Malaysia (dan hampir semua di Asia Tenggara rasanya) akan mengenakan telekung labuh... biasanya berwarna putih, kadang-kadang berkain pelekat yang labuh.

Tapi di sini, ianya bukanlah sesuatu yang pelik apabila anda melihat seseorang itu solat dengan apa yang dipakainya sahaja... Ya, rambutnya ditutup, tudungnya menutup dada, bajunya tidak menampakkan 'curve' kewanitaannya... Pendek cerita, auratnya ditutup lengkap. Maka tiada masalah untuk solat bukan?

Kadang-kadang saya juga termasuk dalam kategori itu. Terfikir sejenak ketika bersolat di rumah tempoh hari... Kalau kita mengaku kita berpakaian menutup aurat, maka mengapa kita masih lagi tercari-cari akan telekung ketika mahu solat? Tidak cukupkah bersembahyang dengan apa yang kita pakai kerana kita telah menutup aurat?

Kalau jawapannya tidak, maka kita belum lagi menutup aurat sepenuhnya bukan??

Sedangkan wajib bagi wanita Muslim yang baligh itu menutup aurat. Jika setakat mengenakan tudung, tapi baju masih lagi menampakkan susuk badan yang menggiurkan, itu bukan menutup aurat namanya. Kalau tudung di kepala masih tidak mampu dilabuhkan menutupi dada, itu fesyen namanya, bukan menutup aurat.

Jika kita mencari telekung menutup segala yang haram pada pandangan bukan mahram di dalam solat ketika berdepan dengan Allah; bukankah perkara yang sama perlu dilakukan luar dari solat? Sedangan bukan ketika solat sahaja Allah itu Maha Melihat... ZatNya itu wujud 24/7!

Isnain:
"I suka tengok iklan yang Government kat sini buat," komen saya pada teman serumah. Entah kali keberapa ayat yang sama itu diulangi sejak dari tahun lepas.

Tapi realitinya memang benar. Iklan-iklan mengenai kemalangan jalan raya, kempen anti merokok ('QuitWA'), kempen 'against domestic violence', anti-dadah dsbg nya sungguh efektif. Bayangkan, dalam kempen anti-merokok iklan tersebut menayangkan peparu manusia dianalogikan dengan plastik pembungkus yang mempunyai ruang-ruang kecil 'air bubble'... ala, kalau ayah kita beli barangan elektronik masa kita kecik-kecik dulu, kita akan ambil 'safety package wrapping' tu dan tekan 'bubbles' tu sampai pecah dengan bunyi 'pop!' (well, I used to do that anyway).

Kemudian, setiap kali kita merokok, nyalaan merah itu ditujukan ke 'air bubble'; maka pecahlah satu 'bubble'. Begitulah juga realitinya... setiap kali seseorang itu merokok, setiap kali itu juga alveolarnya rosak... Paru-paru yang tidak punya cukup alveolar bermaksud tidak punya cukup ruang untuk pertukaran oksigen di dalamnya...

Menakutkan, bukan?

Agaknya apa lagi iklan 'hasil tangan' kerajaan Malaysia selain dari kekuningan gigi iklan anti-merokok ye? Iklan-iklan yang menakutkan akan memberi impak tak pada pengguna jalan raya di Malaysia yang sungguh horror terror??

Wallahualam bissawab...

No comments:

Post a Comment